Kumpulan Santunan Kasih Perak membuka Pameran di Jelajah Kerjaya Sejahtera Perak, Daerah Perak Tengah di Kg. Gajah
09 Mac 2024
Santunan Kasih Perak diberi peluang menyampaikan maklumat serta risalah tentang Santunan Kasih Perak kepada pengunjung jelajah Kerjaya Perak Sejahtera anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK). Kami dapat berkongsi ilmu dengan hampir 30 pengunjung melalu demonstrasi ambulasi pesakit menggunakan kaedah "body mechanics" yang di ajar oleh Pensyarah-pensyarah dari UniKL RCMP, Ipoh. Kaedah ini dapat memberi manfaat kepada ahli keluarga yang sedang atau bakal menjaga ibu bapa mereka yang semakin Uzur.
Selain dari itu, Santunan Kasih Perak juga dapat menyampaikan maklumat tentang Kursus Asas Penjagaan Warga Emas yang bakal dilangsungkan pada 6-10 hb Mei 2024 yang akan datang. Kursus ini ditaja penuh oleh PASAK dan akan dilangsungkan oleh UniKL Royal College of Medicine Perak (RCMP), Ipoh, bersama dengan Sunshine Qualicare Sdn. Bhd. Di sini, peserta dapat belajar tentang proses penuaan, penyakit yang biasa di dihadapi warga emas, cara berkomunikasi dengan lebih efektif, ambulasi pesakit, kebersihan warga emas dan sebagainya. Kursus ini akan berlangsung selama 5 hari (Isnin - Jumaat). Penginapan akan disediakan bagi yang memerlukan, begitu juga makanan dan minuman sepanjang kursus.
Kursus ini terbuka kepada 30 peserta sahaja dan proses pemilihan dilakukan melalui temuramah atas talian. Jika ada yang berminat sila hubungi kami melalui nombor yang tertera di dalam Contact.
Hi, this is a comment.
To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
Commenter avatars come from Gravatar.